22 April 2021 (Khamis) | 11:00pg - 12:00tgh (Malaysian Standard Time) | Venue: IAIS Malaysia's Facebook Page
LATAR BELAKANGKonsep tauhid merupakan konsep monoteisme Islam yang mempercayai bahawa Tuhan itu hanya satu. Dalam bahasa Arab, ‘Tauhid’ bermaksud ‘penyatuan’, manakala dalam sudut pandang Islam, ‘Tauhid’ bermaksud ‘menegaskan bahawa Allah itu hanya satu’. Tauhid ialah asas Aqidah, yang hakikatnya sudah tertanam dalam diri manusia semenjak penciptaan alam lagi. Ia adalah jiwa primordial yang bersifat fitrah dan azali, yang dimiliki oleh setiap insan bernama manusia.
Sebagai umat yang beriman dengan keEsaan Allah SWT, umat Nabi Muhammad SAW dan para pengikut nabi-nabi dan rasul-rasul sebelumnya, telah diperintahkan oleh Allah SWT untuk melakukan ibadah-ibadah tertentu. Antaranya adalah ibadah berpuasa. Perintah untuk berpuasa ditujukan kepada orang-orang yang beriman dan bertujuan untuk melatih mereka menjadi insan dan hamba yang luhur dan bertakwa. Al-Qur’an menyebut tentang perintah berpuasa, “Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.” (QS 2: 83).
Webinar ini akan membincangkan secara terperinci, mengenai konsep tauhid dan ibadah puasa dalam lipatan sejarah para nabi dan umatnya sepanjang sejarah manusia.
Tonton webinar ini di IAIS Malaysia Facebook Page