Sejarah mengajar kita implikasinya jika Raja murka

TIDAK pernah terjadi dalam sejarah negara sejak merdeka bahawa pembatalan ordinan darurat hanya dibuat oleh kabinet dan seterusnya kabinet menasihati Agong.

Agong seolah-olah dipaksa untuk memperkenankan nasihat itu mengambil Perkara 40 (1) Perlembagaan Persekutuan walaupun Agong tidak bersetuju. Agong menggunakan Perkara 150 (2B) dan Perkara 44.

Tindakan oleh kabinet terutamanya bila mana Menteri Undang-undang dan Peguam Negara telah dititahkan oleh Agong untuk Parlimen membahas dan membuat ketetapan mengenai Ordinan Darurat 2021 dan pembatalan Ordinan Darurat 2021 oleh kabinet pada 21 Julai tanpa perkenan Agong membawa implikasi yang sangat besar dari segi undang-undang dan politik.

Adab, kesusilaan dan budaya Melayu sejak zaman berzaman sentiasa menjunjung kasih ke atas Raja selagi mana ia tidak berlawanan dengan Syarak dan undang-undang. Sejarah telah mengajar kita akan implikasinya sekira Raja murka (amat berdukacita).

Bagi merungkai krisis Perlembagaan antara Agong dan Kabinet, titah Agong supaya Parlimen membahaskan Ordinan Darurat 2021 perlu dilaksanakan seberapa segera mengikut Perkara 150 (3) baca bersama Perkara 150 (2B) dan Perkara 150 (8').

Tanpa berbuat demikian, Agong boleh tidak memperkenankan pembatalan Ordinan Darurat 2021.

Leave a Reply

Your email address will not be published.